Kuching: 19 Mei 2023: Sempena dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak yang akan datang, majlis sambutan Ramah Tamah Raya Gawai 2023 telah diadakan di Ibu Pejabat Harwood Timber Sdn Bhd (HTSB) pada Jumaat yang lalu. Antara aktiviti sambutan adalah pertandingan Gerai Makanan Tercantik, Pakaian Tercantik dan juga cabutan bertuah.

Pertandingan Gerai Makanan Tercantik telah dipertandingkan antara jabatan, unit dan gabungan anak-anak syarikat HTSB di mana terdapat 6 buah gerai kesemuanya. Pertandingan ini telah dijuarai oleh gabungan jabatan Administration dan Corporate Communication, kemudian diikuti oleh jabatan Human Resource dan tempat ketiga pula adalah gabungan jabatan Finance & Investment dan Unit Compliance.
Acara majlis dimulakan dengan lawatan gerai oleh YBhg. Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang Bin Mohd Nor, Pengerusi HTSB, diiringi oleh Tuan Haji Zainal Abidin Bin Haji Abdullah, Pengurus Besar HTSB serta beberapa orang pihak pengurusan. Pertandingan ini diadili berdasarkan empat aspek iaitu kreativiti, dekorasi, persembahan makanan dan busana kumpulan.
Pertandingan Pakaian Tercantik kategori wanita telah dimenangi oleh Puan Nurul Sakinah Abdullah @ Daisy daripada jabatan Administration yang menggayakan busana tradisional Orang Ulu dan katagori lelaki pula ialah Encik Zakaria Salleh daripada Enrich Essence Sendirian Berhad yang lengkap berbaju Melayu.
Majlis Ramah Tamah Raya Gawai ini menjadi platform penting untuk memperkukuhkan silaturahim dan mempereratkan ikatan di kalangan pekerja HTSB dan anak-anak Syarikat. Diharapkan majlis seperti ini akan terus diadakan sebagai tradisi yang memupuk semangat perpaduan dan keharmonian.