KUCHING, 27 Mac 2024: Tahun ini merupakan tahun kedua penganjuran Program “Sadaqah Ramadan” di mana ianya bertujuan untuk menyemai budaya penyayang dalam organisasi yang menggalakkan pekerja untuk memberi kembali kepada masyarakat & alam sekitar serta bekerjasama ke arah mencapai matlamat yang sama.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengagihan Bubur, ‘Baju Raya preloved’, makanan, dan ‘Dishware preloved’ kepada komuniti setempat.
Tuan Haji Abu Hassan Bin Yusuf, Pengurus Besar HTSB, dan Puan Rosilawati Abdillah, Penolong Pengurus Besar Kanan, serta pihak pengurusan yang lain turut bersama dalam pengagihan bubur lambuk.
Ibu Pejabat dan cawangan Sarikei telah menjalankan aktiviti ini serentak pada tarikh yang sama iaitu pada Rabu lalu 27 Mac 2024. Cawangan lain merangkumi Sibu, Miri dan Bintulu pula telah melaksanakan program ini pada 28 Mac dan 4 April 2024.


