
KUCHING, 6 April 2023: “A Work of Heart” merupakan salah satu program Culture Building Program yang diadakan di Harwood Timber Sdn Bhd (HTSB) untuk tahun 2023. Tujuan program ini dijalankan adalah bagi memupuk dan menerapkan budaya ‘CARING’ yang merupakan salah satu nilai teras Harwood.
“Sadaqah Ramadan” adalah aktiviti “A Work of Heart” yang pertama yang dijalankan di seluruh cawangan Harwood Timber Sdn Bhd termasuk Ibu Pejabat, sempena menyambut Bulan Ramadhan Al- Mubarak 1444H. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengagihan ‘Bubur Lambuk,’ pengagihan ‘Baju Raya preloved’, makanan, dan ‘Dishware preloved’ kepada komuniti setempat.
Objektif program ‘Sadaqah Ramadan’ adalah untuk menerapkan budaya ‘CARING’ dalam organisasi dengan cara menggalakkan pekerja menderma kepada komuniti dan persekitaran serta bekerjasama ke arah mencapai matlamat yang sama. Selain itu, matlamat program ini juga adalah untuk untuk membawa impak positif kepada kakitangan Harwood dan komuniti melalui inisiatif Harwood untuk masyarakat yang lebih baik.
Ibu Pejabat dan cawangan Sarikei telah menjalankan aktiviti ini serentak pada tarikh yang sama iaitu pada Khamis lalu 6 April 2023. Cawangan lain merangkumi Miri, Bintulu dan Sibu pula telah melaksanakan program ini pada 10, 11 dan 12 April 2023.
Tuan Haji Zainal Abidin Bin Haji Abdullah, Pengurus Besar HTSB dan Encik Abdul Halim Bin Edon, Pengurus Kanan (Administration) turut bersama dalam pengagihan bubur lambuk dan majlis berbuka puasa bersama kakitangan di Miri, Bintulu dan Sibu.