HARWOOD SERTAI AMAZING RACE CHALLENGE 2024 ANJURAN PUSAKA

Sekitar pertandingan PUSAKA Amazing Race C

 

hallenge 2024 dan Gala Dinner yang telah diadakan pada 3 Februari 2024 bertempat di sekitar Petra Jaya, Kuching dan Hotel Grand Margherita. Seramai 22 pasukan terdiri daripada anggota PUSAKA dan anak-anak syarikat PUSAKA telah turut serta dalam pertandingan yang berlangsung selama kira-kira 4 jam tersebut. Pelancaran Flag Off tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar PUSAKA, Cik Hajah Haluyah Awi. Hadir sama pada malam Gala Dinner ialah Pengurus Besar PUSAKA, Tuan Haji Zainal Abidin Bin Haji Abdullah dan Pengurus Besar Harwood Timber Sdn Bhd, Tuan Haji Abu Hassan Bin Yusuf.

Share:
Share on facebook
Share on twitter
Share on email