Kuching, 18 Jun 2023: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) telah menganjurkan pertandingan badminton berpasukan sempena dengan ulang tahun ke 50 PUSAKA pada 17 dan 18 Jun 2023 bertempat di Dewan Badminton PBBS, Jalan Sultan Tengah.
Dalam perlawanan akhir menentang Pasukan Pusaka A, Pasukan Badminton Harwood Timber Sdn Bhd telah berjaya memenangi perlawanan tersebut dan menjadi johan dengan membawa pulang sebuah piala dan sejumlah wang tunai. Penyampaian hadiah tersebut telah disempurnakan oleh Encik Abang Luqman, AGM Kewangan Korporat & Pelaburan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh pemain badminton Pasukan Harwood atas prestasi cemerlang mereka.