Ziarah Ramadhan 2021/1442H

Sesi fotografi Bersama Pengurus Besar Harwood Timber Sdn Bhd, Tuan Haji Zainal Abidin Bin Haji Abdullah sebelum pasukan Ziarah Ramadhan 2021 memulakan penghantaran sumbangan.

Program Ziarah Ramadhan 2021 di bawah Projek Tabung Wakaf/Sedekah dianjurkan pada kali ini sempena bulan Ramadhan AI-Mubarak 1442 Hijrah. Pada kali ini, sebanyak 21 buah isi rumah di perkampungan sekitar kawasan Kuching telah menerima sumbangan berupa keperluan asas. Pengagihan telah dijalankan selama dua hari di 8 buah kampung iaitu pada 22 dan 26 April 2021.

Antara barangan asas yang telah disumbangkan adalah beras, gula, susu, minyak masak, kicap, tepung, telur, teh, kopi, biskut, kurma dan perisa kordial. Sumbangan ini diharap dapat meringankan beban mereka di bulan puasa. Diharap agar kita semua memperoleh keberkatan dan keredhaan Nya. Semoga kita diberi kesempatan untuk bertemu lagi di Ramadhan yang akan datang. InsyaAllah.

Share:
Share on facebook
Share on twitter
Share on email