Penyerahan Sumbangan ke Pusat Kuarantin

Untuk menampung keperluan petugas barisan hadapan dan penghuni di Pusat Kuarantin Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB), Jalan Puncak Borneo, Harwood Timber Sdn Bhd serta kakitangan telah menghulurkan sumbangan air mineral kepada mereka pada Rabu lalu, 7 Julai 2021.

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengurus Corporate Affairs & Compliance Unit kepada wakil pusat kuarantin KSKB.

Diharap sumbangan berkenaan sedikit sebanyak mampu menampung sumber air minuman harian petugas dan penghuni pusat kuarantin.

Share:
Share on facebook
Share on twitter
Share on email