MAJLIS PERASMIAN BENGKEL “CORRUPTION RISK MANAGEMENT PLAN” (CRMP)

Kuching, 10 Oktober 2023: Majlis Perasmian Bengkel “Corruption Risk Management Plan” (CRMP) yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Murshid DiRaja Datuk Dr. Haji Juanda Bin Jaya, Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak, Unit Integriti Dan Ombudsman Negeri Sarawak (UNIONS) telah diadakan pada Selasa yang lalu bertempat di Dewan Seminar PUSAKA.

Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Abu Hassan Bin Yusuf selaku Pemangku Pengurus Besar Harwood Timber Sdn Bhd. Majlis perasmian ini telah dihadiri oleh pihak pengurusan dan kakitangan Harwood. Turut serta adalah Tuan Wan Mohamad Bin Wan Drahman (mewakili Pengarah, UNIONS, Jabatan Premier).

Share:
Share on facebook
Share on twitter
Share on email