MAJLIS IBADAH QURBAN HARWOOD TIMBER SDN BHD 2024
Kuching, 19 Jun 2024: Majlis Ibadah Qurban Harwood pada tahun ini telah diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Harwood Timber Sdn Bhd.
Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa daripada Encik Mohd Najib dan taklimat keselamatan daripada Encik Abg Jashmady. Gimik penyembelihan dan melapah dilaksanakan oleh Pengurus Besar, Tuan Haji Abu Hassan Bin Haji Yusuf.


Penyerahan daging korban kepada penerima telah disempurnakan oleh Pengerusi Harwood Timber Sdn Bhd, Datu Haji Junaidi Bin Haji Reduan dan Pengurus Besar, Tuan Haji Abu Hassan Bin Haji Yusuf. Sebanyak 2 ekor sapi telah dikorbankan dan diagihkan kepada golongan asnaf daripada kawasan sekitar.

