Kuching, 9 Mei 2024: Sebelum bulan Syawal melabuhkan tirainya, Harwood tidak ketinggalan untuk mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri. Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Harwood Timber iaitu Yang Berbahagia Datu Haji Junaidi bin Haji Reduan. Kehadiran beliau telah disambut oleh Pengurus Besar Harwood Timber, Tuan Haji Abu Hassan Bin Haji Yusuf dan barisan pengurusan. Mereka kemudiannya mengambil gambar kumpulan di Photobooth Raya yang disediakan di perkarangan pejabat. Majlis seperti ini turut diadakan di setiap Pejabat Wilayah pada tarikh yang berbeza.






