MAJLIS SIMBOLIK PENYERAHAN SUMBANGAN BAGI MASJID DAN SURAU

KUCHING, 22 Mac 2024: Sempena bulan Ramadan Al-Mubarak, Harwood Timber Sdn Bhd (HTSB) tidak ketinggalan menghulurkan sumbangan kepada surau dan masjid setempat. Pemberian sumbangan ini merupakan salah satu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi membantu mereka menjalankan aktiviti dalam pengimarahan bulan Ramadan ini. Simbolik penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Abu Hassan Bin Yusuf, Pengurus Besar Harwood Timber dan diiringi Penolong Pengurus Besar Kanan, Puan Rosilawati Binti Abdillah dan Encik Bong Siu Nam. Sebanyak 30 buah surau dan masjid yang menerima sumbangan ini keseluruhannya.

 

Share:
Share on facebook
Share on twitter
Share on email