MAJLIS PERHIMPUNAN HARWOOD & SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2024

KUCHING, 15 FEBRUARI 2024: Sekitar Majlis Perhimpunan pertama Harwood bagi tahun 2024 yang telah diadakan pada hari Khamis yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Harwood.

Majlis dihadiri oleh pihak pengurusan dan warga kerja Harwood dari Ibu Pejabat dan pejabat-pejabat Wilayah serta sub-subWilayah di seluruh Sarawak secara fizikal dan maya melalui aplikasi Google Meet.

Turut diadakan majlis sambutan sempena Tahun Baru Cina yang dimulakan dengan membakar mercun di hadapan pejabat Harwood oleh Pengurus Besar, Tuan Haji Abu Hassan Bin Yusuf. ‘Yee Sang’ juga turut disajikan sebagai hidangan pembuka dan acara menggaulnya disertai oleh Pengurus Besar, pihak pengurusan dan kakitangan yang berbangsa Cina. Majlis sambutan diakhiri dengan sesi fotografi dan diikuti dengan jamuan.

Sambutan seperti ini juga turut diadakan di setiap pejabat wilayah.

 

Share:
Share on facebook
Share on twitter
Share on email