Sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2021 Peringkat Negeri Sarawak, sebuah majlis pra-penanaman pokok telah diadakan sebelumnya iaitu pada Rabu, 24 Mac 2021 bertempat di Perkarangan Taman Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Bukit Siol. Sebanyak 1000 pokok ditanam sempena sambutan tersebut. Hadir sama pada majlis pra-penanaman pokok berkenaan ialah Pengarah Jabatan Hutan Sarawak, YBhg. Datu Hamden Bin Haji Mohammad dan Datuk Bandar Kuching Utara, YBhg. Datu Haji Junaidi Bin Haji Reduan. Pihak Harwood Timber Sdn Bhd (HTSB) turut dijemput dan Tuan Haji Zainal Abidin Bin Haji Abdullah, Pegurus Besar HTSB telah hadir Bersama beberapa pegawai HTSB.
Share:
Share on facebook
Share on twitter
Share on email