Kejohanan Badminton Piala YBhg Datu Haji Sarudu 2016

 

 

 

Untuk mewujudkan suasana muhibah antara agensi perhutanan di Sarawak , Harwood Timber Sdn Bhd melalui Kelab Sukan dan Rekreasi Harwood Timber telah menganjurkan kejohanan Badminton Piala YBhg Datu Haji Sarudu yang dilangsungkan di Dewan Badminton Persatuan Badminton Bumiputera Sarawak (PBBS), Kuching pada 4  &  5 Mac 2016 yang lalu .

 

Kejohanan dua hari itu telah disertai oleh 6 pasukan yang terdiri daripada agensi-agensi yang terlibat Sistem Perhutanan Sarawak iaitu, Kementerian Pengurusan Sumber Asli dan Alam Sekitar , Jabatan Hutan Sarawak , Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC) , Harwood Timber Sdn Bhd dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) . Majlis Penutupan telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datu Haji Sarudu Haji Hoklai , yang juga merupakan Pengurus Besar , Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak . Dalam ucapannya , Yang Berbahagia Datu menyeru agar aktiviti berkenaan dapat dianjurkan lagi di masa yang akan datang , dan penganjuran dibuat secara bergilir-gilir bagi memberi kelainan dalam penganjuran aktiviti berkenaan .

Dalam Kejohanan dua hari tersebut , Pasukan Harwood Timber Sdn Bhd (A) telah membawa pulang Piala Pusingan kejohanan dengan menewaskan pasukan PUSAKA 4-1 dalam pusingan akhir . Tempat ketiga dan keempat disandang oleh pasukan MRPE dan Forest Department , mana kala tempat kelima dan keenam telah dimenangi oleh pasukan Harwood Timber B dan SFC .

Hadiah telah disampaikan oleh YBhg Datu Haji Sarudu Haji Hoklai dalam majlis penutupan yang turut dihadiri oleh Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Abdul Kadir , Pengurus Besar Harwood Timber Sdn Bhd .

 

 

 

 

 

 

Breadcrumbs