Pertandingan Badminton anjuran Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun ke-45 PUSAKA

 

 

Pada 1 – 2 September 2018, Harwood Timber Sdn Bhd telah menyertai pertandingan badminton yang telah diadakan di Dewan Badminton Thumb Up, Sibu anjuran PUSAKA bersempena dengan sambutan ulang tahun PUSAKA yang ke-45 tahun.

 

Pasukan Harwood Timber telah menghantar seramai TIGA BELAS (13) orang pemain yang terdiri daripada staf ofis HQ Kuching dan wilayah dimana Encik Mazlan Abdullah @ Chief Thomas selaku ketua pasukan. Sebanyak LAPAN (8) kumpulan yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut, antaranya adalah PUSAKA, Harwood Timber, Jabatan Hutan, STA, TANJUNG MANIS PORT dan SFC.

 

 

Kumpulan Harwood Timber Sdn Bhd telah berjaya menjuarai pertandingan tersebut dan membawa pulang trofi serta wang tunai sebanyak RM 1,200.00. Diikuti STA tempat kedua, PUSAKA A dan B tempat yang ketiga dan keempat manakala 4 kumpulan yang lain membawa pulang hadiah saguhati. Tahniah diucapkan kepada semua pemain semoga aktiviti sukan sebegini dapat mengeratkan silaturahim antara agensi serta meningkatkan lagi penglibatan staf dalam menyertai acara sukan untuk kecerdasan fizikal dan mental.

Breadcrumbs