Majlis Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi sesi yang ke 11

 

 

Pada 25 Oktober yang lalu , Koperasi Harwood Timber Sarawak Berhad (KOHATI) telah mengadakan Majlis Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi sesi yang ke 11 .

Mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat Harwood Timber pada pukul 8.30 pagi . Antara yang hadir ialah Pengerusi KOHATI , Tuan Haji Abdul Hadi Datuk Hj. Abdul Kadir . Majlis Mesyuarat dimulakan dengan ucapan Pengerusi KOHATI .

Antara isu yang dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat tersebut adalah pembentukan portfolio untuk Ahli Lembaga Koperasi yang baru , pengambilan pekerja baru untuk jawatan Pegawai Akaun di Kohati dan lain lain perkara berbangkit .

 

 

Ahli Lembaga Koperasi berbincang mengenai Cadangan Pembelian IRS POS System c/w Stock Control, Card Member & SQL Financial Accounting

Bendahari KOHATI , Encik Bong Siu Nam bersama Ahli Lembaga Koperasi yang lain membincangkan isu pembelian 1 unit Enagic Leveluk SD501 Kangen Water Machine

 

 

 

 

Breadcrumbs