Majlis Sambutan Awal Muharram 1438H

 

Muharram adalah bulan pertama dalam tahun Islam ( Hijrah ) . Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib , kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi . Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah , ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri .

 

Pada asasnya , Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’ , iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah . Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91) . Sejak pemansuhan itu , umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan .

Bersempena dengan Awal Muharram 1438H , Harwood Timber telah menganjurkan Majlis Sambutan Awal Muharram 1438H , pada hari Jumaat , 7 Oktober 2016 . Semua kakitangan Harwood yang beragama Islam dijemput hadir bagi meraikan hari kedatangan tahun baru itu . Turut hadir bersama sama memeriahkan majlis yang penuh barakah itu ialah Pengurus Besar , Tuan Haji Abdul Hadi dan Penolong Pengurus Besar , Encik Ishak Bohari .

 

Pada petang itu , majlis dimulakan dengan solat jemaah Maghrib , disusuli dengan ceramah khas daripada ustaz jemputan . Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Dr Haji Syed Abdul Aziz . Dalam ceramah beliau , beliau menceritakan sedikit sebanyak tentang Pra Hijrah Rasulullah ke Madinah . Beliau turut menayangkan video khas dimana video tersebut menunjukkan keadaan di dalam Gua Tsur , tempat persembunyian Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar selama tiga hari semasa peristiwa pra hijrah . Beliau juga berkesempatan untuk berkongsi cerita tentang keakraban Rasullullah SAW dan bapa mertuanya , Saidina Abu Bakar .

Setelah selesai ceramah , majlis disusuli dengan solat Isya dan solat sunat hajat bagi anak anak yang akan menduduki peperiksaan PT3 . Majlis disudahi dengan jamuan makan malam dan gotong royong . Oleh itu dengan kedatangan tahun baru ini , Harwood ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah . Moga Allah memberikan kita kesihatan , dimurahkan rezeki dan ditingkatkan iman , InsyaAllah .

 

 

 

 

Breadcrumbs