Majlis Pengagihan Daging Qurban dan Aqiqah 2016

 

 

 

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia dan ia adalah perayaan terbesar dalam Islam selain hari raya Aidilfitri. Aidiladha disambut pada hari ke 10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan Solat Sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10, 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari tersebut dipanggil Hari Tasyrik.

 

 

 

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah S.W.T.

Bersempena dengan perayaan hari raya Aidiladha pada tahun ini, pihak Harwood Timber Sdn Bhd (HTSB) telah mengadakan Majlis Pengagihan Daging Qurban dan Aqiqah pada 14 September 2016 bertempat di perkarangan pejabat HTSB. Aktiviti tahunan ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama daripada AJK Penganjuran, Pengurusan dan kakitangan HTSB. Sebanyak 4 ekor sapi telah ditumbangkan pada tahun ini dan telah di agihkan kepada lebih 100 orang fakir miskin di sekitar Kuching.

 

 

Turut menerima agihan daging tersebut adalah kakitangan HTSB yang telah bertungkus-lumus memastikan perjalanan majlis ini berjalan dengan lancar. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif, YBhg Tan Sri Datuk Amar Hj Bujang Bin Mohd Nor sambil disaksikan oleh Timbalan Pengurus Besar, Mr Ong Lip Kheng dan Penolong Pengurus Besar (Marketing & Business Development), En. Bohari Awang Lair.

 

 

Turut hadir ialah Ustaz Hj Husaini Hamdan selaku penasihat agama untuk majlis tersebut. Diharapkan agar aktiviti tahunan seperti ini dapat mengeratkan silaturahim antara kakitangan HTSB tanpa mengira bangsa dan agama.

 

 

 

 

 

 

Breadcrumbs