Mesyuarat Agung Tahunan Yang ke -2


Pada 29 Julai 2016 yang lalu , KOPERASI Harwood Timber Sarawak Berhad telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-2 bertempat di The Waterfront Hotel .

 

Antara agenda yang telah dibincangkan ialah mengenai pelantikan Pengerusi dan Setiausaha Mesyuarat Agung Tahunan yang ke -2 dan perlantikan jawatankuasa untuk menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang ke – 2 yang terdiri daripada 6 orang anggota dan 4 orang anggota lembaga .

 

 

Mesyuarat tersebut turut mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Pertama yang diadakan pada 28 Februari 2015 . Selain daripada itu mesyuarat juga telah membentangkan dan meluluskan beberapa perkara iaitu Laporan Anggota Lembaga , Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman dan Pandangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia ke atas akaun akaun koperasi berakhir 31.12.2015 . Penyata Kewangan beraudit Koperasi yang berakhir 31.12.2015 turut dibentangkan . Agenda agenda lain turut dibincangkan .

 

 

 

Seramai lebih kurang 140 ahli koperasi yang datang menyertai mesyuarat dan mengundi . Pada masa hadapan , diharap sambutan akan lebih meriah dan memberangsangkan .

 

 

 

 

Breadcrumbs