Ibadah Qurban 2015

 

 

Bersempena dengan perayaan Hari Raya Aidiladha pada 24 September 2015 yang lalu, Harwood Timber Sdn. Bhd. telah mengadakan Majlis Pengagihan Daging Qurban bertempat di perkarangan ibu pejabat Harwood Timber Sdn. Bhd pada hari Sabtu, 26 September 2015.

Kakitangan Harwood Timber Sdn. Bhd. mula berkumpul seawal jam 7.00 pagi di lokasi majlis .

 

 

Setelah selesai bacaan doa oleh Encik Wahid Amit, majlis seterusnya menjemput Pengurus Besar Harwood Timber Sdn. Bhd, Tuan Haji Abdul Hadi bin Datuk Haji Abdul Kadir untuk memberi ucapan. Dalam ucapan tersebut, beliau telah menyatakan bahawa ibadah qurban adalah satu ibadah sunat yang dituntut dalam agama Islam dan juga merupakan salah satu cara untuk umat Islam menzahirkan rasa syukur kepada Tuhan yang telah mengurniakan berbagai nikmat kepada hamba-Nya.

 

 

 

Seramai lebih kurang 70 orang kakitangan Harwood Timber Sdn. Bhd. menghadirkan diri pada majlis itu. Turut hadir juga kakitangan berlainan agama yang memeriahkan lagi Majlis Pengagihan Daging Qurban pada tahun ini.

 

 

 

Tuan Haji Abdul Hadi bin Datuk Haji Abdul Kadir seterusnya melakukan upacara simbolik melapah daging lembu sebagai tanda perasmian Majlis Pengagihan Daging Qurban 2015 yang turut disaksikan oleh semua kakitangan Harwood Timber Sdn. Bhd. yang hadir pada pagi itu.

 

 

 

 

Majlis Pengagihan Qurban Harwood Timber Sdn. Bhd. pada tahun ini telah menumbangkan sebanyak 3 ekor lembu. Kakitangan Harwood Timber Sdn. Bhd. bergotong-royong menjayakan Majlis Pengagihan Daging Qurban 2015.

 

 

 

 

Pengerusi Eksekutif Harwood Timber Sdn. Bhd., Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang bin Mohammad Nor mengagihkan daging qurban pada wakil-wakil golongan yang memerlukan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Breadcrumbs