Lawatan Rasmi ke ASTANA

 

 

Pada 4 Januari 2016 , pihak pengurusan Harwood Timber Sdn Bhd telah mengadakan lawatan rasmi ke ASTANA Negeri Sarawak . Kunjungan ini adalah bersempena dengan jemputan dari pihak ASTANA Negeri Sarawak bagi melawat Pemangku Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang Mohd Nor .

Rombongan dari Harwood Timber diketuai oleh Pengurus Besar , Tuan Haji Abdul Hadi dan diiringi oleh 11 orang yang lain dari pengurusan Harwood Timber tiba di ASTANA Negeri Sarawak seawal pukul 10 pagi . Lawatan itu berjalan dengan lancar dan merupakan satu permulaan yang baik bagi tahun 2016.

 

 

 

Breadcrumbs