Mesyuarat Agung Tahunan Ke-4 dan ke-5 Koperasi Harwood Timber Sarawak Berhad (KOHATI)

Mesyuarat Agung Tahunan Ke-4 dan ke-5 Koperasi Harwood Timber Sarawak Berhad (KOHATI) telah diadakan pada 30 September 2019 (Isnin) di Balairong Seri Banquet Hall, Kuching. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Bohari Bin Awang Haji Lair.

 

 

Seramai lebih 130 orang anggota KOHATI yang hadir ke mesyuarat tersebut termasuk dari pejabat Harwood Timber bahagian Sarikei, Sibu, Bintulu dan Miri. Turut hadir adalah mantan Pengurus Besar Harwood Timber Sdn Bhd, Tuan Haji Abdul Hadi Bin Datuk Haji Abdul Kadir selaku Pengerusi KOHATI. Terdapat 14 orang calon yang telah bertanding untuk mengisi 9 kekosongan jawatan Anggota Lembaga KOHATI (ALK).

 

 

Antara calon yang berjaya menduduki jawatan tersebut  Tuan Haji Bohari Awang Haji Lair, Encik Awang Khairul Adzhar Bin Awang Yussuf, Encik Abang Shukeri Bin Abang Pata, Tuan Haji Ishak Bin Haji Bohari, Cik Hajah Saptuyah Binti Bolhi , Puan Hajah Noraskin Binti Mohd Din, Puan Nor Amiza Binti Sufie, Puan Rostini Binti Abdillah dan Puan Siti Hazelina Binti Abang Halik.

 

 

Majlis diakhiri dengan sesi cabutan bertuah. Pelbagai hadiah menarik telah dimenangi oleh kakitangan yang hadir. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang cabutan bertuah dan juga kepada Anggota Lembaga KOHATI (ALK) yang baru.

Breadcrumbs