×

Error

[OSYouTube] Alledia framework not found

Majlis Ibadah Qurban 2019

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: 

 

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah SWT selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”

 [Riwayat al-Tirmizi (1493)][Imam al-Tirmizi menghukum hadith ini sebagai hasan gharib]

 

Setelah selesai Hari Raya Aidilfitri, tiba pula  Hari Raya Aidiladha (Hari Raya Haji). Ia merupakan antara perayaan terbesar yang diraikan oleh selurut umat Islam di dunia dan Harwood Timber juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan ibadah tersebut. Pada 13 Ogos 2019 bersamaan dengan 12 Zulhijjah 1440 Hijrah, kakitangan Harwood bersama sama bergotong royong menjayakan Majlis Ibadah Qurban yang bertempat di tempat letak kereta Harwood Timber Sdn Bhd.

 

 

Sebanyak 2 ekor sapi telah ditumbangkan pada tahun ini dan telah di agihkan kepada 60 orang fakir miskin di sekitar Kuching dan Samarahan. Turut menerima agihan daging tersebut adalah kakitangan HTSB yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga mereka dalam menjayakan proses melapah, memasak dan pelancaran program tersebut.

 

 

Majlis bermula seawal 7.00 pagi dimana kakitangan telah memulakan proses melapah. Simbolik perasmian telah diadakan pada pukul 8.30 pagi oleh Yang Berbahagia Pengurus Besar HTSB, Tuan Haji Zainal Abidin Bin Haji Abdullah.

 

 

Majlis penyerahan pula bermula pada sesi tengah hari yang telah disempurnakan sendiri oleh Yang Berbahagia Pengerusi Eksekutif HTSB, Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang Bin Mohd Nor dan disaksikan oleh Pengurus Besar HTSB, Tuan Haji Zainal Abidin Bin Haji Abdullah dan pihak pengurusan dan kakitangan HTSB yang lain. Turut hadir ialah Ustaz Hj Husaini Hamdan selaku penasihat agama untuk majlis tersebut.

 

 

Diharapkan agar aktiviti tahunan seperti ini dapat mengeratkan silaturahim antara kakitangan HTSB tanpa mengira bangsa dan agama dan juga dapat memupuk semangat kerjasama antara kakitangan HTSB. Semoga kita semua dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang baik bagi meneruskan majlis ibadah seperti ini di tahun yang akan datang.

 

Breadcrumbs