Majlis Pengagihan Daging Qurban 2018

Setiap tahun, Hari Raya Aidiladha ( Hari Raya Haji ) merupakan Antara perayaan terbesar yang diraikan oleh selurut umat Islam di dunia dan Harwood Timber juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan ibadah tersebut. Seperti tahun sebelumnya, tahun ini Harwood tidak ketinggalan dalam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah S.W.T. Pada 23 Ogos 2018, kakitangan Harwood bersama sama bergotong royong menjayakan Majlis Ibadah Qurban yang bertempat di tempat letak kereta Harwood Timber Sdn Bhd.

 

 

Sebanyak 3 ekor sapi telah ditumbangkan pada tahun ini dan telah di agihkan kepada lebih 80 orang fakir miskin di sekitar Kuching dan Samarahan. Turut menerima agihan daging tersebut adalah kakitangan HTSB yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga mereka dalam usaha melapah dan proses pengagihan daging korban.

 

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar Harwood Timber , Encik Ong Lip Kheng sambil disaksikan oleh Tuan Haji Abu Hassan (AGM E&S). Turut hadir ialah Ustaz Hj Husaini Hamdan selaku penasihat agama untuk majlis tersebut.

 

 

Diharapkan agar aktiviti tahunan seperti ini dapat mengeratkan silaturahim antara kakitangan HTSB tanpa mengira bangsa dan agama dan juga dapat memupuk semangat kerjasama antara kakitangan HTSB. Semoga kita semua dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang baik bagi meneruskan majlis ibadah seperti ini di tahun yang akan datang.

 

Breadcrumbs