Lawatan rasmi ke ASTANA Negeri Sarawak 2017

Pada 28 November 2017 , pihak pengurusan Harwood Timber Sdn Bhd telah mengadakan lawatan rasmi ke ASTANA Negeri Sarawak . Kunjungan ini adalah bersempena dengan jemputan dari pihak ASTANA Negeri Sarawak bagi melawat Pemangku Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang Mohd Nor .

Rombongan dari Harwood Timber diketuai oleh Pengurus Besar , Tuan Haji Abdul Hadi dan diiringi oleh 15 orang yang lain. Rombongan pengurusan Harwood Timber tiba di ASTANA Negeri Sarawak seawal pukul 10 pagi . Lawatan itu berjalan dengan lancar dan merupakan kunjungan yang kedua pihak pengurusan Harwood dimana ini adalah kali ke-2 YBhg Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang Mohd Nor menjadi Pemangku Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sarawak.

 

Breadcrumbs