Mesyuarat Agung Tahunan ke-3 Koperasi Harwood Timber Sarawak Berhad (KOHATI) di Grand Dormani Rajah Court Hotel

 

            Mesyuarat Agung Tahunan Ke-3 Koperasi Harwood Timber Sdn Bhd (KOHATI) telah diadakan pada 31 Julai 2017 (Isnin) di Grand Dormani Rajah Court Hotel. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En Bohari Awang Lair. Seramai 130 orang anggota KOHATI yang hadir ke mesyuarat tersebut termasuk dari pejabat Harwood Timber bahagian Sarikei, Sibu, Bintulu dan Miri. Terdapat 11 orang calon yang telah bertanding untuk mengisi 4 kekosongan jawatan Anggota Lembaga KOHATI (ALK) dan calon yang berjaya menduduki jawatan tersebut adalah Encik Bong Siu Nam, Tn Hj Abdul Hadi Bin Datuk Hj Abdul Kadir, Puan Norlela Abdul Rahman dan Puan Maimunah Ali. YBhg Tan Sri Datuk Amar Hj Bujang Mohd Nor selaku Penasihat KOHATI turut hadir ke mesyuarat tersebut.

 

 

 

Antara agenda yang telah dibincangkan ketika mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:

Agenda 1

Melantik Pengerusi dan Setiausaha Mesyuarat Agung Tahunan yg ke 3

Agenda 2

Perlantikan jawatankuasa untuk menentusahkan draf minit mesyuarat agung tahunan yang ke 3 yang terdiri daripada 6 orang anggota dan 4 orang anggota lembaga

Agenda 3

Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung ke 2 yang diadakan pada 29 Julai 2016

Agenda 4

Membentang dan meluluskan:-

4.1 Laporan Anggota Lembaga

4.2 Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman

4.3 Pandangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ke atas akaun koperasi     berakhir 31.12.2016

Agenda 5

Penyata Kewangan beraudit Koperasi yang berakhir 31.12.2016

Agenda 6

Menimbang dan Meluluskan Anggaran Belanjawan Bagi Tahun 2017

Agenda 7

Menimbang dan Meluluskan Cadangan Pembahagian Keuntungan Bersih bagi tahun berakhir 31.12.2016.

Agenda 8

Memilih Anggota-anggota Lembaga Mengikut Undang-Undang Kecil Koperasi 34

Agenda 9

Meluluskan perlantikan suatu Panel yang terdiri daripada tidak kurang daripada dua dan tidak lebih daripada empat firma Audit untuk mengaudit akaun-akaun koperasi

Agenda 10

Menimbang dan meluluskan apa-apa cadangann pindaan kepada Undang-Undang Kecil Koperasi

Agenda 11

Menimbang dan Meluluskan Had Maksima Keterhutangan Koperasi

Agenda 12

Menimbang dan Meluluskan Had Pelaburan Koperasi

Agenda 13

Menerima dan membahas usul daripada anggota yang baginya suatu notis tidak kurang daripada tujuh hari telah diberikan

Agenda 14

Membentang dan meluluskan Aturan-aturan Koperasi

 

 

Breadcrumbs