Majlis Ibadah Qurban 2017

Majlis Pengagihan Daging Qurban 2017

 

Setiap tahun, Hari Raya Aidiladha ( Hari Raya Haji ) merupakan Antara perayaan terbesar yang diraikan oleh selurut umat Islam di dunia dan Harwood Timber juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan ibadah tersebut. Setiap tahun Ibadah Qurban diadakan pada hari ke 10,11,12 dan 13 Zulhijjah. Hari Raya Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah S.W.T.

 

 

Bersempena dengan perayaan hari raya Aidiladha pada tahun ini, pihak Harwood Timber Sdn Bhd (HTSB) telah mengadakan Majlis Pengagihan Daging Qurban pada 4 September 2017 bertempat di perkarangan tempat letak kereta pejabat HTSB. Walalupun hari Isnin baru sahaja diumumkan sebagai hari cuti umum bersempena dengan kemenangan besar Malaysia di Sukan SEA, namun ia tidak menghalang semua kakitangan HTSB untuk hadir dan menjayakan majlis. Aktiviti tahunan ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama daripada AJK Penganjuran, Pengurusan dan kakitangan HTSB.

 

 

Sebanyak 3 ekor sapi telah ditumbangkan pada tahun ini dan telah di agihkan kepada lebih 80 orang fakir miskin di sekitar Kuching dan Samarahan. Turut menerima agihan daging tersebut adalah kakitangan HTSB yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga mereka dalam memastikan perjalanan majlis ini berjalan dengan lancar.

 

 

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif, YBhg Tan Sri Datuk Amar Hj Bujang Bin Mohd Nor sambil disaksikan oleh Pengurus Besar, Tuan Haji Abdul Hadi bin Datuk Haji Abdul Kadir dan Timbalan Pengurus Besar Mr. Ong Lip Kheng. Turut hadir ialah Ustaz Hj Husaini Hamdan selaku penasihat agama untuk majlis tersebut.

 

 

Diharapkan agar aktiviti tahunan seperti ini dapat mengeratkan silaturahim antara kakitangan HTSB tanpa mengira bangsa dan agama dan juga dapat memupuk semangat kerjasama antara kakitangan HTSB.

 

 

 

 

 

 

 

 

Breadcrumbs