Projek Wakaf 3 Pembinaan Madrasah Maahad Tahfiz Raudhatul Jannah (RAUDHAH)

Date : Januari 2014 - Mei 2015
Venue : Maahad Tahfiz Raudhatul Jannah (RAUDHAH), Selang Ulu, Telaga Air, Matang, Kuching

 

Assalamualaikum w.b.t.  Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi, untuk makluman muslimin dan muslimah, Projek wakaf 3 telah dijalankan bermula Januari 2014 untuk pembinaan Madrasah Maahad Tahfiz Raudhatul Jannah (RAUDHAH) yang terletak di Selang Ulu, Telaga Air, Matang, Kuching.  Projek Wakaf 3 ini telah menerima sumbangan berupa wang daripada kakitangan Harwood Timber Sdn Bhd serta pihak luar.

Sumbangan yang telah diterima berjumlah RM2,000.00 telah digunakan untuk membeli Atap Zink untuk pembinaan madrasah tersebut yang dijangka siap pada bulan Mei 2015.  Jumlah sumbangan yang diterima serta maklumat lanjut sumbangan yang telah diagihkan adalah seperti lampiran di bawah.

Pihak madrasah Maahad Tahfiz Raudhatul Jannah (RAUDHAH) amat berterima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan.  Semoga sumbangan yang diberikan dapat membantu proses pembinaan madrasah tersebut.  Terima kasih.

Klik untuk Projek Wakaf 3.

Return To Photo Gallery Link

Breadcrumbs