Projek Wakaf 2 Madrasah Darul Ulu Al-Fathah

Date : 1 Oktober 2014
Venue : Madrasah Darul Ulu Al-Fathah, Matang Jaya, Kuching

 

Assalamualaikum w.b.t.  Pada 1 Oktober 2014 ibu-pejabat Harwood Timber Sdn Bhd Kuching telah menyerahkan sumbangan bersempena Projek Wakaf 2 kepada Madrasah Darul Ulu Al-Fathah bertempat di Matang Jaya Kuching.  Kutipan dana berupa wang ringgit telah diadakan dari tarikh 5 September 2014 hingga 30 September 2014

Hasil daripada kutipan dana tersebut, sebanyak RM2,430.00 telah berjaya dikumpul dan 86% dari jumlah tersebut adalah hasil sumbangan daripada pihak luar yang juga turut serta dalam menjayakan projek wakaf yang dijalankan.  Hasil daripada dana yang telah berjaya dikumpul, sebanyak 43 biji rehal dan sebuah kabinet besi kepunyaan syarikat telah diwakafkan kepada madrasah tersebut bagi membantu pelajar-pelajar tahfiz berkenaan menampung keperluan pembelajaran mereka.  Sehubungan dengan itu, jelas kelihatan sinar kegembiraan pada raut wajah kanak-kanak tahfiz berkenaan apabila menerima sumbangan tersebut.  Justeru, amatlah diharapkan agar sumbangan yang diberikan mencukupi bagi meringankan beban madrasah berkenaan menampung keperluan mereka.

Pihak Harwood Timber Sdn Bhd amat berterima kasih dan berbesar hati di atas sumbangan yang telah diberikan oleh kakitangan Harwood dan juga oleh pihak luar dalam menjayakan Projek Wakaf 2 ini.  Diharap agar usaha berterusan akan terus dijalankan bagi membantu keperluan masyarakat setempat sebagai sebahagian daripada amalan kebajikan daripada pihak Harwood Timber Sdn Bhd.

Return To Photo Gallery Link

Breadcrumbs