Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Masjid/Surau 2016/1437H

 

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh berkah bagi umat Islam dimana pada bulan Ramadhan segala amalan akan dilipatgandakan pahala oleh Allah S.W.T.  Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah S.W.T untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sangat menganjurkan umatnya untuk bersedekah terutamanya di bulan yang mulia, Ramadhan al-Mubarak.

Oleh yang demikian, sempena bulan Ramadhan 1437H, Harwood Timber Sdn Bhd (HTSB) telah menganjurkan satu Majlis Penyampaian Sumbangan kepada wakil-wakil Masjid/Surau yang telah diadakan pada 13 Jun 2016 bertempat di Pejabat Endorsement & Shipping. Seramai 56 buah surau/masjid yang telah menerima sumbangan dan disampaikan sendiri oleh Pengerusi Eksekutif, YBhg Tan Sri Datuk Amar Hj Bujang B. Mohd Nor. Di samping itu, bubur pedas dan sambal juga telah diagihkan kepada semua staf dan penerima sumbangan surau/masjid sebagai tanda pemberian ikhlas daripada pihak HTSB.

Majlis turut di imarahkan lagi dengan penyampaian tazkirah daripada Ustaz Hj Ramzen Bin Ambi, Pegawai dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS). Tazkirah yang berlansung selama 30 minit tersebut menceritakan bagaimana untuk memperoleh pahala yang berganda di bulan Ramadhan serta amalan-amalan yang dapat dilakukan sepanjang bulan yang barakah ini.

 

Breadcrumbs