Projek Wakaf 2016

 

 

 

Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu. (Hadith Riwayat: Imam Ahmad)

 

 

Seperti hadith di atas , adalah mulia bagi kita untuk bersedekah kepada golongan yang memerlukan .

 

Sehubungan itu , Harwood Timber Sdn Bhd memulakan tahun 2016 dengan memberi sumbangan kepada beberapa buah tahfiz dah rumah amal . Ini adalah sebahagian daripada program CSR (Corporate Service Responsibility) .

 

Rumah rumah yang mendapat sumbangan adalah Maahad Tahfiz Raudhatul Jannah , Tahfiz Darul Uloom AL-Fatah , Ribat Raudhah Al-Mustafa dan Rumah Amal Nur Murni .

 

 

 

 

Antara sumbangan yang telah dihantar adalah beberapa kotak makanan asas seperti gula , beras , minyak , tepung , roti dan susu . Sebuah peti sejuk juga telah diwakafkan kepada Maahad Tahfiz Raudhatul Jannah dan barangan keperluan asas terpakai telah disumbangkan ke Rumah Amal Nur Murni   .

 

Breadcrumbs