Nabi Muhammad SAW bersabda, "Barang siapa menolong keperluan saudaranya Muslim di bulan Ramadhan, maka Allah Ta'ala akan menolong seribu keperluan/hajatnya di hari kiamat"
Pada 16 Mei 2019 bersamaan dengan 11 Ramadhan 1440 Hijrah, Harwood Timber Sdn Bhd (HTSB) telah menganjurkan aktiviti tahunan iaitu Majlis Penyampaian Sumbangan kepada wakil-wakil Masjid/Surau sempena Ramadhan al-Mubarak 1440H bertempat di Pejabat Endorsement & Shipping, HTSB.
Antara AJK yang membantu dalam urusan pendaftaran surau dan masjid
Sebanyak 52 buah Masjid/Surau yang telah menerima sumbangan dan disampaikan sendiri oleh Pengerusi Eksekutif HTSB, YBhg Tan Sri Datuk Amar Hj Bujang B. Mohd Nor. Turut hadir mengimarahkan majlis tersebut adalah Pengurus Besar HTSB, Tuan Haji Zainal Abidin Bin Haji Abdullah, pihak pengurusan HTSB serta wakil wakil daripada Masjid/Surau. Diharapkan agar sumbangan tersebut dapat sedikit sebanyak membantu pihak Masjid/Surau dalam memastikan program yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan berjalan dengan lancar.
Pengurus Besar HTSB, Tuan Haji Zainal Abidin Bin Haji Abullah menyampaikan ucapan kata kata aluan kepada tetamu yang hadir
Antara tetamu yang hadir menerima sumbangan daripada HTSB
Pada hari yang sama, semua kakitangan HTSB menerima buah tangan, sekotak buah kurma daripada HTSB. Buah Kurma tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Besar HTSB sendiri.