Program Waqaf dan Sedekah, Ramadhan 2019

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:

إنَّما الدنيا لأربعة نفر: عبد رزقه الله مالاً وعلماً فهو يتقي فيه ربه ويصل فيه رحمه، ويعلم لله فيه حقاً فهذا بأفضل المنازل

“ Dunia itu untuk 4 jenis hamba: Yang pertama, hamba yang diberikan rizqi oleh Allah serta kepahaman terhadap ilmu agama. Ia bertaqwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan ia gunakan untuk menyambung silaturahim. Dan ia menyadari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik.”

(Hr. Tirmidzi, no.2325, ia berkata: “Hasan Shahih”)

 

Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. Oleh yang demikian, sudah menjadi satu budaya di Harwood Timber Sdn Bhd untuk mengamalkan amalan sedekah.. Sepanjang tahun, tabung Waqaf/Sedekah 2019/2020 memainkan peranan yang penting bagi mengumpul dana bantuan untuk golongan yang memerlukan di sekitar kawasan Kuching, Samarahan, Lundu dan Sematan. Selain daripada pihak syarikat dan kakitangan Harwood, sumbangan daripada pihak umum juga memainkan peranan yang penting dalam menjayakan program waqaf/sedekah di bulan Ramadhan ini.

 

                           

Proses pembungkusan dan pengagihan barangan keperluan dapur

 

Pada bulan Ramadhan 1440 Hijrah (tahun 2019 Masihi), seramai 26 buah rumah asnaf, sebuah tahfiz dan pusat penjagaan anak anak mualaf. telah menerima bantuan sumbangan dalam bentuk barangan keperluan dapur di sekitar Kuching. Pada tahun in juga, sebahagian daripada hasil kutipan telah diwaqafkan bagi membeli kerusi roda dan Al-quran di Masjidil Haram di Mekkah.

 

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

 

Antara barangan asas yang telah disumbangkan adalah, sekampit beras, gula, garam, susu, minyak masak, kicap, sos, tepung, telur, teh, kopi, roti, biskut, kurma, perisa kordial, keperluan mandi dan membasuh pakaian.  Pengagihan telah dijalankan selama tujuh hari di 20 buah kampung di kawasan bandar Kuching.

 

 

Selain daripada golongan asnaf, Pusat Tahfiz Ar-Razi dan Pusat Kebajikan Baiturrahmah  juga turut menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan dapur. Semoga dengan sumbangan itu, dapat membantu serba sedikit proses pembelajaran dan pentadbiran mereka pusat pembelajaran tersebut.

 

 

Diharap agar kita semua memperoleh keberkatan dan keredhaan Nya. Semoga kita diberi kesempatan untuk bertemu lagi di Ramadhan yang akan datang. InsyaAllah.

 

Gambar kenangan ini dirakamkan pada 9 Mei 2019. Pada 22 Mei 2019, Adik Ainul telah kembali ke Rahmatullah . Al fatihah untuk anak Syurga ini.

Breadcrumbs