Majlis Penyerahan Sumbangan Al-Quran

Dari Ibnu Abbas r.a., beliau mengatakan ada seseorang yang bertanya kepada Rasulullah saw. “Wahai Rasulullah, amalan apakah yang paling dicintai Allah?” Beliau menjawab, “Al-hal wal murtahal.” Orang ini bertanya lagi, “Apa itu al-hal wal murtahal, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Yaitu yang membaca Al-Qur’an dari awal hingga akhir. Setiap kali selesai ia mengulanginya lagi dari awal.”

(HR. Tirmidzi)

 

 Pada 8 November 2018, Harwood Timber Sdn Bhd (HTSB) telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Al-Quran kepada Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu, Kota Samarahan. Majlis dihadiri oleh YBhg Pengerusi Eksekutif HTSB, Tan Sri Datuk Amar Hj. Bujang Bin Mohd Nor. Majlis juga turut dihadiri oleh Pengurus Besar HTSB, Tuan Haji Abdul Hadi dan pihak pengurusan yang lain. Rombongan Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu diketuai oleh Guru Besar mereka Puan Kamisah Binti Keram.

 

 

 

YBhg Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang Bin Mohd Nor menyampaikan senaskah Al-Quran kepada Guru Besar SK Kampung Melayu, Puan Kamisah sebagai tanda simbolik penyerahan sumbangan 40 naskah Al-Quran disaksikan oleh guru guru dan kakitangan Harwood yang lain.

 

Sebanyak 40 naskah Al-Quran telah disumbangkan bersempena dengan Majlis Khatam Al-Quran Tahun 6 SK Kampung Melayu, Kota Samarahan yang akan diadakan pada 10 November 2018 ini. Diharap sumbangan ini akan dapat membantu melancarkan majlis khatam Al-Quran serta menggalakkan lagi penglibatan pelajar dalam aktiviti ilmiah di sekolah pada masa yang akan datang.

 

Breadcrumbs