Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Masjid/Surau 2018/1439H Sempena Ramadhan Al-Mubarak

 

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْءٌ )) رواه أحمد والترمذي.

 “Barangsiapa memberi makan pada orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikit pun dari pahalanya.” (HR. Ahmad dan At Tirmidzi).

 

            Pada 30 Mei 2018 bersamaan dengan 14 Ramadhan 1439 Hijrah, Harwood Timber Sdn Bhd (HTSB) telah menganjurkan aktiviti tahunan iaitu Majlis Penyampaian Sumbangan kepada wakil-wakil Masjid/Surau sempena Ramadhan al-Mubarak 1439H bertempat di Pejabat Endorsement & Shipping. Seramai 50 buah Masjid/Surau yang telah menerima sumbangan dan disampaikan sendiri oleh Pengerusi Eksekutif HTSB, YBhg Tan Sri Datuk Amar Hj Bujang B. Mohd Nor. Turut hadir mengimarahkan majlis tersebut adalah Pihak Pengurusan HTSB serta ahli Jawatankuasa. Diharapkan agar sumbangan tersebut dapat sedikit sebanyak membantu pihak Masjid/Surau dalam memastikan program yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan berjalan dengan lancar.

         

 Antara AJK yang membantu dalam urusan pendaftaran

 

 Antara wakil daripada Masjid/Surau yang hadir ke Majlis Penyampaian Sumbangan

 

 

 

Breadcrumbs