Majlis Penyerahan Komputer Riba kepada Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni

 

 

            Pada hari Rabu bertarikh 24 Mei 2017 bersamaan dengan 27 Syaaban 1438H, Majlis Penyerahan Komputer Riba kepada Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni telah diadakan di Bilik Mesyuarat Harwood Timber Sdn Bhd. Majlis penyerahan disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Harwood Timber Sdn bhd (HTSB), YBhg Tan Sri Datuk Amar Hj Bujang Bin Mohd Nor kepada wakil daripada Rumah Amal Nur Murni. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengurus Besar HTSB, Tn Hj Abdul Hadi Bin Datuk Hj Abdul Kadir serta Pihak Pengurusan yang lain.

            Secara ringkasnya, Pertubuhan tersebut ditubuhkan pada 13 Januari 2011 bagi membantu memastikan keperluan kebajikan dan pendidikan golongan asnaf zakat dapat dipenuhi.  Setakat ini ia dihuni oleh kanak-kanak dan remaja dari pelbagai  peringkat umur 1 hingga 20 tahun dari latar belakang yang berbeza seperti  golongan  anak yatim, keluarga yang bermasalah dan keluarga miskin dan kanak-kanak yang terbiar (Laporan Yayasan PEKEMA, 2014).

 

YBhg Tan Sri Pengerusi Eksekutif menyerahkan beg komputer riba kepada wakil daripada Pihak Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni

Breadcrumbs