Majlis Penyerahan Wakaf Pusat Tahfidzul Quran Al-Munawwarah

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda ,

 

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (iaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang shalih” (HR. Muslim no. 1631)

 

Selaras dengan hadith di atas , Harwood sentiasa mempraktikkan budaya wakaf ( sedekah ) dalam kalangan kakitangannya  . Sudah menjadi kebiasaan bagi warga Harwood untuk membantu golongan susah secara langsung mahupun dengan secara tidak langsung . Budaya ini diamalkan dalam organisasi Harwood sebagai salah satu program khidmat masyarakat di samping menambah amal jariah dalam kalangan pekerja Harwood .

 

Harwood telah menyediakan beberapa tabung wakaf di sekitar pejabat Harwood bagi memudahkan kakitangan Harwood menghulurkan bantuan dan secara tidak langsung menjadi peringatan kepada semua tentang kewujudan program wakaf di Harwood . Tabung wakaf tersebut dibuka dan dikira 2 kali setahun dan pelbagai program bantuan telah dijayakan berdasarkan hasil yang terkumpul .

 

 Bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Wan Yusuf Bin Wan Mumin

 

Baru baru ini , pada 18 Januari 2017 , pihak pengurusan Harwood Timber Sdn Bhd telah melawat ke Pusat Tahfidzul Quran Al-Munawwarah yang terletak di Taman Pelita Jaya , Kuching . Sekolah tahfiz ini telah beroperasi selama 3 tahun di kediaman tersebut yang juga turut diwakafkan keatasnya . Majlis pemyampain sumbangan wakaf dimulakan dengan  bacaan doa oleh Ustaz Wan Yusuf Bin Wan Mumin .

 

 Pelajar Pusat Tahfidzul Quran Al-Munawwarah bersama Encik Bohari @ Awang Damit Bin Awang Lair

 

Harwood menyampaikan sumbangan wakaf kepada wakil Pusat Tahfidzul Quran Al-Munawwarah , Ustaz Wan Yusuf Bin Wan Mumin

 

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil Harwood Timber Sdn Bhd , Encik Bohari @ Awang Damit Bin Awang Lair , AGM Marketing and Business Development . Mewakili Harwood , Encik Bohari menyampaikan hasrat beliau untuk melihat anak anak di Pusat Tahfiz Munawwarah untuk mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi dan semoga dengan bantuan yang dihulurkan dapat membantu proses pembelajaran anak anak .

 

 

Breadcrumbs