Pada hari Jumaat yang lalu bertarikh 16 Disember 2016 bersamaan dengan 16 Rabiulawal, Majlis Penyerahan Kayu Nisan telah diadakan bertempat di Surau Kampung Bandarsah , Ajibah Abol , Kuching . Majlis penyerahan disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Harwood Timber Sdn bhd (HTSB) , YBhg Tan Sri Datuk Amar Hj Bujang Bin Mohd Nor kepada Pengerusi Surau Kampung Bandarsah , Encik Sarkawi Sebli .
Untuk makluman , pihak HTSB telah memberi sumbangan sebanyak 50 set kayu nisan kepada Surau Kampung Bandarsah yang terbahagi kepada beberapa kategori iaitu 20 set untuk lelaki , 20 set perempuan , 5 set kanak-kanak lelaki dan 5 set kanak-kanak perempuan . Turut hadir ketika majlis tersebut adalah Pengurus Besar HTSB , Tn Hj Abdul Hadi Bin Datuk Hj Abdul Kadir , En Awg Bohari Awg Lair (Penolong Pengurus Besar) , En Syamsul Hizri Mohamed Nor (Pengurus) serta beberapa pegawai daripada Task Force .
Ucapan daripada Pengerusi Eksekutif HTSB, YBhg Tan Sri Datuk Amar Hj Bujang Bin Mohd Nor
Ucapan aluan daripada Pengerusi Surau Bandarsah, En. Sarkawi Sebli